Sunday, June 28, 2015

2 hari lepas

Posted by cahayaberbisikan at 10:23 PM
nak dijadikan cerita aku short escape sekejap balik muar

plan memang nak hntr barang semata

yela, sebab banyak barang kan memandangkan aku dh tamat belajar.. insyaallah

harap takde sangkut pape subjek la...

plan awal nak drive sendiri je, tapi takut plak mak ayah aku nanti risau, so aku pun ajak la fasly teman kan aku

mula-mula tu ingatkan dia tak free

tapi alhamdulillah, dia temankan jugak...

patutnya dia jadi penumpang tapi dia plak yang drive

thank you fasly!

well, kitorg memang dah kenal lama dah

daripada zaman sekolah rendah sampai la satu u ni ha

hahahahahah.. kuat jodoh ek??

leulsss.. takdela

to be honest, aku memang selesa la berkawan dengan dia

dengan dia je aku boleh free jadi sengal-sengal..menjeng gila-gila

yela, dia pun tau aku ni macam mana.. family aku pun kenal jgak la di tu..

pendek kata, sape je yang kawan dengan aku automatik akan jadi kawan family aku jgak!

this is serious! sebab family aku ni memang jenis yang boleh kamching dengan sesapa je..

teringat dulu time dia diploma then aku plak sambung matrikulasi, ada la jgak dia call aku.. memang terharu la.. sebab dia antara orang yang memang suka tolong orang lain

teringat time kat matrik tu, kebetulan aku tengah tunggu isyak masuk waktu

tetiba dia call, tanya aku dah makan ke, tengah buat apa.. memang kelakar!

lepastu time aku daftar untuk degree masa 1st year dulu, dia la org 1st yg mesej aku tanya aku dah settle daftar ke belum, aku kat mana.. tapi aku tak sempat reply pape pun

sampai la seminggu lepas MHS, baru la dapat jumpa dia.. thanks sesangat sebab datang jumpa aku..

ayat 1st dia masa jumpa aku lepas mhs tu

fasli: najwa asal ko gelap?? panas sgt ke sampai ko sunburn??
me: aku memang time mhs ke orientasi mudah sunburn.. dulu time kat matrik pun kena jgak
fasli: najwa. kelas ko macam mana?? ok??
me: ok la, cuma packed sikit jadual la..
fasli: takpela, nanti lama2 biasa la

korang guess what??? dia bagi aku guna laptop dia.. kalau sehari dua takpela, tapi dia bagi aku guna tanpa ada time limit.. boleh guna sampai bila-bila

sumpah terharu! 

kebetulan, aku memang tak bawa laptop time tu sebab ayah aku risau hilang kt locker bilik aku nnti sebab locker tu ada problem dengan keylock dia

thanks fasli for the sincere friendship since primary school until now! 

to be honest, kalau dengan dia memang macam2 benda aku boleh merepek and berborak panjang..

memang ada je benda nak cakap! lagi la kalau on phone, boleh jadi dekat sejam!

and again thanks for the friendship..

nanti kalau ko dah kahwin, mesti aku rasa macam hilang something sebab ko antara kawan aku yang aku respect sebab ilmu kau and prinsip kau!

ayat dia selalu untuk aku: TAK PANDAI TAKPE NAJWA, ASALKAN TRY!


semoga nanti, kau kat sebelah aku plak time aku konvo! his last 2 years convocation!

0 comments on "2 hari lepas"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

my passion...my soul... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

I LOVE MISS CAHAYABERBISIKAN